AMEL'S
Follow
Dashboard
 Add Me
 Follow Me
 Follow Me
 kaki skodeng

HOMIE ABOUT AFFIES

“It’s not hard to find someone who tells you they love you, its hard to find someone who actually means it.”

Princess



Hello people!
My name is Shamzatul Amalina :)
I am the sweet owner *.*
Welcome here and enjoy yourself ^^

TagBoard




Me and Him

Taken by
Muhamad Nurazizul


IJOY ♥ AMEL
in love since 12/12/12
Daisypath Anniversary tickers

Blog Archieve
♥ Aku tak pernah bangga dengan diri aku. Aku kecewa. ♥
written on 23 April 2013 @ 12:02 AM ✈{ }

Aku tunduk. Aku diam. Aku senyum.
Tak bermakna aku setuju apa yang kau buat sekarang ni


Aku kecewa. Aku kecewa. Aku kecewa. Mungkin dengan tiga kali lafaz masih belum cukup lagi untuk menggambarkan betapa kecewanya aku sekarang ni. Mungkin dengan tiga kali lafaz masih belum cukup untuk aku hilangkan semua perasaan ni. Aku kecewa.

Aku kecewa dengan cara kau. Aku kecewa dengan perangai kau. Aku kecewa dengan janji janji kau. Aku kecewa dengan keputusan kau. Aku kecewa dengan apa yang kau buat dekat aku. Aku kecewa.

Aku manusia. Aku ada hati. Aku ada perasaan. Aku bukan binatang. Aku bukan hamba. Aku bukan tak punya rasa. Aku manusia. Aku manusia.

Aku penat. Aku rimas. Aku benci. Aku tak suka. Aku dah menyampah dengan semua ni. Aku dah puas sabar dengan keadaan ni. Aku nak keluar dari kehidupan ni.

Dah 4bulan aku diam. Dah 4bulan aku senyap. Dah 4bulan aku biarkan. Dah 4bulan aku tadah diri aku. Tapi apa yang aku dapat? Aku tak dapat apape. Aku cuma pelepas beban kau je. 

Kau buat aku macam hamba kau. Kau buat aku macam bibik kau. Kau buat aku macam tak ada perasaan. Kau anggap aku ni bukan manusia.

Bila aku cakap, kau kata aku melawan. Bila aku cakap, kau samakan aku dengan dia. Bila aku cakap, kau kata aku derhaka. Okay, aku diam.

Bila aku diam, kau kata aku yang takde perasaan. Bila aku diam, kau kata aku yang salah. Bila aku diam, kau tuduh aku macam macam. Kau hina aku. Kau maki aku. 

Orang kata aku remaja. Darah aku panas, Sebabtu aku suka memberontak. Tapi sebenarnya orang tak faham. Aku cuma nak bela diri aku. Aku cuma nak orang tahu apa perasaan aku. Aku cuma nak orang faham aku. Tapi takde. Takde sape faham. Mungkin memang takde sape nak faham.

Kawan kawan aku semua dah berubah. Semua dah berbeza. Semua dah tak sama macam dulu. Semua dah ada perkembangan.

Aten. Dia dah kerja. Mungkin dah dapat dua bulan gaji pun. Aku?

Anniz. Walaupun dia tak kerja. Dia penganggur sama macam aku. Tapi dia dah ada lesen. Moto dah lepas. Sekarang dah nak dapat lesen kereta dah. Aku?

Sha. Sha dah sambung study. Untunglah dia. Life dia dah berubah. Dah jadi budak Uni. Aku?

Hmm. Aku still penganggur. Aku tak kerja. Aku takde duit. Lesen pun ntah bila dapat. Jadi budak Uni jauh sekali. Aku masih aku yang dulu. Aku tak berubah. Aku takde perkembangan. Aku ketinggalan. 

Aku betul betul kecewa :'(




copyright@shamzatulAS 2014 | See you again and have a nice day! ♥♥