AMEL'S
Follow
Dashboard
 Add Me
 Follow Me
 Follow Me
 kaki skodeng

HOMIE ABOUT AFFIES

“It’s not hard to find someone who tells you they love you, its hard to find someone who actually means it.”

Princess



Hello people!
My name is Shamzatul Amalina :)
I am the sweet owner *.*
Welcome here and enjoy yourself ^^

TagBoard




Me and Him

Taken by
Muhamad Nurazizul


IJOY ♥ AMEL
in love since 12/12/12
Daisypath Anniversary tickers

Blog Archieve
♥ Dear Sister... ♥
written on 25 April 2013 @ 4:41 AM ✈{ }

Bukan senang nak senang.
Dan, bukan susah untuk jadi susah.


Pandang kiri, orang tu cerita pasal abang dia. Toleh kanan orang tu sebok cakap pasal kakak dia. Kadang kadang aku rasa orang kiri kanan tu beruntung sebab ada abang/kakak yang perhatian pasal dia. Paling tidak pun ada geng untuk share something or geng untuk gaduh maybe.

Dari aku kecik, aku tahu yang aku nih anak pertama dalam keluarga ni. Aku tak pernah ada kakak. Aku tak pernah tahu macam mana rasa ada abang. Aku cuma kenal adik adik aku. Aku cuma ada adik adik aku.

Satu hari...

Semuanya berubah. Semuanya dah tak sama macam apa yang pernah aku rasa. Semuanya dah lain. Semuanya dah terbongkar.

Rupanya aku ada kakak. Kakak kandung. Kakak yang dua tahun lagi tua dari aku. Kakak yang sama mak dengan aku. Kakak yang berkongsi ayah dengan aku selama ni. Rupanya...

Aku jakun. Aku terkejut. Aku rasa macam mimpi. Aku rasa macam semua orang tengah buat lawak. Aku rasa nak gelak sepuas hati aku. Aku nak orang sedarkan aku. Tapi, aku tak bermimpi. Aku di alam nyata. 

Hari nih hari jadi dia. Hari lahir dia. Hari yang bermakna buat dia. Mungkin.

Untuk pertama kali, aku nak ucapkan Happy Birthday to my dearest sister. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Semoga sentiasa sihat dan bahagia. Semoga berjaya dan capai cita-cita.

P/S : Sorry for this annoying statement.




copyright@shamzatulAS 2014 | See you again and have a nice day! ♥♥