AMEL'S
Follow
Dashboard
 Add Me
 Follow Me
 Follow Me
 kaki skodeng

HOMIE ABOUT AFFIES

“It’s not hard to find someone who tells you they love you, its hard to find someone who actually means it.”

Princess



Hello people!
My name is Shamzatul Amalina :)
I am the sweet owner *.*
Welcome here and enjoy yourself ^^

TagBoard




Me and Him

Taken by
Muhamad Nurazizul


IJOY ♥ AMEL
in love since 12/12/12
Daisypath Anniversary tickers

Blog Archieve
♥ *meniti hari dan waktu* : ♥
written on 04 December 2012 @ 5:50 AM ✈{ }

Apa makna sayang?
Betul ke sayang tu boleh buad orang menangis?
Betul ke sayang tu kena berkorban?
*takde jawapan*

Assalamualaikum ^^


Kalau hari nie dah 4 desember 2012 bermaksud lagi satu hari je aku nak kena pergi sekolah. Eh sekolah? Yess *budak SPM*. Sampai hari ni, aku dah berjaya menghabiskan 8 jenis paper yang boleh tahan senang susah gila tuu. Tinggal lagi satu paper je hari khamis nanti. Lepastu aku merdeka! Anyway, aku dah buad yang terbaik. InsyaAllah keputusan yang baik menanti aku :') Okay fullstop pasal exam!

Kadang-kadang aku rasa ape yang aku buad nie betul tapi ada masa yang lain aku rasa aku tengah buad benda yang tak sepatutnya aku buad. Mulanya aku langsung tak berniat nak lukakan mana-mana pihak tapi akhirnya aku perlu lukakan hati satu pihak demi kebahagian satu pihak yang lain. Kenapa macam tu? *no komen*

Kadang-kadang perasaan orang lain lagi penting dari perasaan kita sendiri. Demi menjaga hubungan antara kita dan satu pihak yang lain, salah seorang mestilah sanggup berkorban dan seorang lagi mestilah menghargai pengorbanan tersebut. Kedua-duanya perlu saling memahami dan bertolak ansur. Barulah hubungan tersebut akan kekal lama. Aku cakap bukan hanya untuk pasangan lelaki dan perempuan yang tengah syok ber-couple tapi aku cakap tentang hubungan persahabatan yang perlu dijaga.

Kadang-kadang aku rasa aku tanak habis sekolah. Aku nak pergi sekolah hari-hari sebab kalau aku pergi sekolah, aku boleh jumpa kawan-kawan aku *bukti pergi sekolah bukan sebab belajar*. Kawan aku yang selalu buad aku ketawa, kawan aku yang selalu tegur kesalahan aku, kawan aku yang sentiasa disamping aku. Tapi apa yang akan aku alami ialah aku akan berhenti dari sekolah. Itu jugak bermakna aku tak akan jumpa kawan aku hari-hari macam dulu. Pakai baju sama, makan sama, balik sama, tak siap homework sama semua tu tinggal kenangan dan aku tak mungkin lupakan kenangan tu.

Aku terlalu berharap yang kawan aku takkan lupakan aku. Aku selalu berdoa yang kawan aku sentiasa sihat dan selamat. Aku selalu nak tahu pasal dyorang. Apa yang dyorang buad? Ada orang buli ke tak? Semua benda aku risau. Memang selalunya tahap risau aku nie ada kat level yang paling over sekali tapi tulah kenyataannya.

Mungkin ada yang tersinggung atau mungkin ada yang terasa hati. Aku tak beniat nak perli sesiapa. Aku cuma luahkan apa yang aku rasa. Abaikan benda yang tak penting.

shamzatul amalina shamsuri






copyright@shamzatulAS 2014 | See you again and have a nice day! ♥♥