AMEL'S
Follow
Dashboard
 Add Me
 Follow Me
 Follow Me
 kaki skodeng

HOMIE ABOUT AFFIES

“It’s not hard to find someone who tells you they love you, its hard to find someone who actually means it.”

Princess



Hello people!
My name is Shamzatul Amalina :)
I am the sweet owner *.*
Welcome here and enjoy yourself ^^

TagBoard




Me and Him

Taken by
Muhamad Nurazizul


IJOY ♥ AMEL
in love since 12/12/12
Daisypath Anniversary tickers

Blog Archieve
♥ What have gone is gone ♥
written on 06 February 2013 @ 3:27 PM ✈{ }

Memang indah hidup dengan cinta,
Tapi lagi indah kalau hidup dalam bahagia.

Morning budak busuk :*


Tanpa mengira umur, tanpa mengira pangkat, tanpa mengenal erti kesenangan dan kesusahan, kecik, besar, tua, muda semuanya dipanggil manusia. Manusia yang penuh dengan kasih dan sayang. Manusia yang ditebalkan dengan rasa cinta. Tiada manusia tanpa perasaan, tiada manusia tanpa belas kasihan.

Dunia memang indah bila kita punya segalanya. Tapi kehadiran sesuatu itu seringkali kita abaikan, tak pernah kita hargai bila dia hadir bersama menemani setiap detik yang kita lalui. Kehilangannya pada suatu hari membuat kita sedar betapa pentingnya dia, betapa kita perlukannya.

Pada awalnya benci, kini berubah menjadi sayang. Pada awalnya tak diperlukan, kini ingin bersama setiap saat. Pada awalnya hanya teman di waktu bosan, kini tak ingin ditinggalkan walaupun sesaat. Semuanya berubah kerana perasaan manusia.

Kini dia pergi. Perginya tak akan kembali. Sebagai manusia yang mempunyai rasa kasih dan sayang, aku menangisi kepergian itu. Jujur aku sayang, jujur aku tak ingin begini. Tapi.... itu bukan realiti :'/

# Baby cat aku mati, 2 ekor sekaligus. MasyaAllah, rasa macam baru semalam dia datang rumah aku untuk mengemis kasih sayang. Rasa macam baru semalam aku bagi dia makan, minum. Tapi hari ni dia dah takde. Aku dah tak boleh buat tu semua untuk dia lagi. Hmm...

shamzatul amalina shamsuri



copyright@shamzatulAS 2014 | See you again and have a nice day! ♥♥