AMEL'S
Follow
Dashboard
 Add Me
 Follow Me
 Follow Me
 kaki skodeng

HOMIE ABOUT AFFIES

“It’s not hard to find someone who tells you they love you, its hard to find someone who actually means it.”

Princess



Hello people!
My name is Shamzatul Amalina :)
I am the sweet owner *.*
Welcome here and enjoy yourself ^^

TagBoard




Me and Him

Taken by
Muhamad Nurazizul


IJOY ♥ AMEL
in love since 12/12/12
Daisypath Anniversary tickers

Blog Archieve
♥ Selamat Hari Guru ♥
written on 15 May 2013 @ 11:07 PM ✈{ }

Masih ada harapan terang untuk insan yang sabar.



Kalau dulu, setiap kali masuk bulan Mei je semua orang acaca sebok nak kumpul duit. Nak beli hadiah katanya. Hari Ibu, Hari Guru, Hari jadi Membe semua ada dalam bulan Mei. Memangnya sempat ke nak kumpul duit?  Lol -,-

Okay agak sunyi err tak bosan eh bukan hmm sedih sebenarnya sebab tak dapat nak celebrate Hari Guru tahun ni :'/ Aku cuma rindu suasana sekolah. Tuje. Tak lebih. Tak kurang.

Kalau dulu, setiap kali celebrate hari guru kat sekolah, mesti ada punya adegan adegan merayap satu sekolah sebab nak rembat makanan kat kelas orang. Pastu tak kira lagi ada bebudak yang amek kesempatan nak dating masa tu. Err nak sweet konon. Puihhhh -,- Pastu ada jugak yang acaca photographer nak amek gambar semua benda yang jadi kat sekolah masa tu. Konon nak buat kenangan letteww. Yang tu aku setuju!

Kalau dulu, bila cikgu marah je aku buat muka *muka tak puas hati*. Bila cikgu lambat masuk kelas je aku mengata dia. Aku kata dia malas, makan gaji buta *dalam hati suka*. Bila cikgu bagi homework je aku tak pernah buat. Kalau buat pun sikit je. Aku anggap tu beban. Aku rasa takde funtion pun kalau aku buat homework tu.

Tapi sekarang aku sedar. Segala apa perangai yang dia buat tu ada sebab. Dia pendidik. Dia yang ajar aku semua benda. Dia yang ajar aku kenal A sampai Z. Dia yang ajar aku tolak tambah darab bahagi. Dia yang ajar aku mengaji. Dia yang kenalkan aku dengan erti susah dan payah. Dia yang mengharapkan kejayaan aku. Dan dia ialah cikgu aku. Dia guru aku.

 Pn. Azizah Binti Abdullah.

Pn. Azizah binti Abdullah atau lebih manja dipanggil Umi. Ye, umi. Umi untuk pelajar 5Nilam 2012. Memang tak dinafikan, dialah guru yang paling banyak membantu. Setiap masa, setiap saat, setiap detik mulutnya tak berhenti dengan kata-kata nasihat. Nasihat yang sangat berguna dan bermanfaat. Nasihat yang membawa aku sampai ke tahap ni. Nasihat yang aku akan ingat sampai bila-bila. Terima kasih, Umi :*

Ustazah Mashitoh Binti Ahmad. Memang tak siasia aku kena campak masuk kelas dia masa agama. Memang tak siasia aku banyak cakap masa dalam kelas dia. Memang tak siasia aku kacau dia. Bukan apa, aku suka telatah dia. Comel. Mungkin orang tak biasa dengan dia takkan faham apa yang aku maksudkan dengan comel tu tadi. Tapi serious, aku sayang dia. Terima kasih, ustazah :*

Pn. Intan.Cikgu ICT aku dari form4 sampailah form5. Cikgu yang boleh dikatakan sporting. Cikgu yang boleh dikatakan comel. Dan cikgu yang boleh dikatakan penyabar. Dia sabar dengan perangai kitorang. Dia sabar dengan result ICT kitorang setiap kali exam. Dia sabar bila kitorang main main masa buat assesment.  Dan dia sabar terangkan berapa banyak kali sekali pun asalkan kitorang faham. Terima kasih, cikgu :*

Pn. Hjh Rashidah. Cikgu yang paling comel sedunia! Haha memang tak salah lah dia dapat anugerah CIKGU PALING COMEL masa hari guru tahun lepaskan. Serious, memang comel pun. Kihkihhh! Dia cikgu matematik kelas aku masa form5. Dia cikgu matematik yang paling sabar sekali. Walaupun dah agak berumur, tapi dia masih kuat tahu tak. Hm tapi aku tahu memang banyak salah aku kat dia. Aku tak hantar buku *buku pun tak pernah ada*. Aku tak siapkan kerja. Aku tidur masa kelas dia. Aku buat macam macam kat dia. Aku tahu dia kecewa. Cikgu, saya minta maaf dan terima kasih atas segalanya. Saya sayang cikgu :*

Memang banyak lagi cikgu yang dah berkhidmat seumur hidup aku. Kalau nak disebut, dikenalkan satu per satu memang rabak ahh kan. Tapi apape pun, aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua cikgu cikgu terutama cikgu dari Sekolah Kebangsaan Taman Cendana, Sekolah Kebangsaan Taman Kota Masai, Sekolah Menengah Dato Penggawa Timur. Jasamu akan ku kenang selamanyaaaaaaaaaaaa. Cewahh :P Hihiii


Special to :



  

  





Cikgu-cikgu paling sporting SMK Dato'Penggawa Timur ^^



Maafkan salah kami. Halalkan ilmu yang diberi.
TERIMA KASIH CIKGU :*

- 5 Nilam @ 2012 -

sumber gambar dari facebook
@ Hari Guru 2012




copyright@shamzatulAS 2014 | See you again and have a nice day! ♥♥