AMEL'S
Follow
Dashboard
 Add Me
 Follow Me
 Follow Me
 kaki skodeng

HOMIE ABOUT AFFIES

“It’s not hard to find someone who tells you they love you, its hard to find someone who actually means it.”

Princess



Hello people!
My name is Shamzatul Amalina :)
I am the sweet owner *.*
Welcome here and enjoy yourself ^^

TagBoard




Me and Him

Taken by
Muhamad Nurazizul


IJOY ♥ AMEL
in love since 12/12/12
Daisypath Anniversary tickers

Blog Archieve
♥ Short story. ♥
written on 26 June 2013 @ 5:51 AM ✈{ }

Pedulikan apa yang orang kata pasal kita.
Bila kita diam, insyaAllah dia pun akan diam jugak satu hari nanti.

PERHATIAN :
Entri ni panjang dan tanpa gambar. Risiko untuk mengantuk sangatlah tinggi.
Jadi anda disarankan agar skip mana mana part yang tak best tu.
Okay dah boleh start baca.

     Alasan pertama entri kali ni panjang ialah sebab aku ada banyak cerita yang dah lama tak update dekat blog ni. Weyy update blog ni penting untuk kenangan masa depan. Atleast kalau kau dah tua dan penyakit nyanyok tu dah datang, kau tetap boleh ingat balik dengan baca semula entri entri kau masa zaman muda ni. Yedakk?

     Okay now nak cerita pasal test undang undang yang aku amek lebih kurang seminggu lepas. Err AKU LULUSSSSSS! Okay, lupa nak bagitahu. Actually test ni dah kali kedua aku amek. Masa first time tu tak lulu. Hmm sedeyy masa tu dapat 37/50. See how rendah markah yang aku dapat tu?? But yang kali kedua ni aku dapat 44/50. Ada lah perkembangan kat situ kan. Hee~ Now tengah tunggu langkah seterusnya untuk teori dan amali 6jam. Tak lama dah. Hari sabtu ni gua gerak ahh. xD

     Next, cerita pasal birthday girl. Siapa birthday girl? Erk aku lah dol sape lagi. Opps tapi bukan harini. Hari Ahad harituu. Dengan birthday kali ni, maka genaplah umur aku 18tahun. Ehem ehemm sweet 18 gituu. Dan aku harap dengan meningkatnya tahap umur ni, akan meningkatkan jugak tahap ketinggian aku ni. Wuuu tak sanggup dah orang asek nampak aku ni macam budak budak je. Bila aku nak besar? Kan? Hmm :|

     Next *lagi. Amek handphone tengok kalender pandang  tarikh lihat bulan berapakah sekarang ni? Hmm sekarang dah bulan 6 dan aku masih lagi leklek tenang goyang kaki kat rumah ni. Bangun pagi, buat sarapan untuk adik aku pegi sekolah then tidur balik. Lepastu bangun kemas rumah buat apa yang patut lepastu tidur balik. Bila bangun dah maghrib. Tengok cerita #TeduhanKasih sampai pukul 8 lepastu aku dah boleh buang masa sampai pukul berapa berapa yang aku rasa nak tidur lagi lepastu. See how boring dengan kehidupan yang macam ni? Tapi aku still lagi watlek watpeace watdono. Dah tak lama dah aku macam ni. Bulan depan dah berambus pegi Shah Alam and for sure aku takkan dapat lagi masa masa yang aku ada sekarang ni. Jadi aku kena nikmati saat saat indah ni. Am I right? Haha k dah tahu kau jeless.

     Next, okay cerita pasal nak berambus kat Shah Alam tu kan, aku nak bagitahu yang keputusan aku dah muktamad. Awal puasa ni aku akan pergi malaporkan diri dekat kolej swasta #SimeDarby kat Shah Alam tu. I don't know why aku pilih nak belajar kat sana. Sedangkan semua orang takkan sanggup kot nak bepisah dengan orang orang tersayang tanpa dipaksa? Sedangkan aku? Err aku pegi dengan rela. Tanpa paksaan dari mana mana pihak. Okay mudah mudahan aku tak menyesal dengan keputusan ni ><'

Nak aku sambung cerita tak? 
Gua ada banyak lagi stock cerita dalam pocket gua ni.
Kalau nak, wa takdehal. Alang alang tengah free ni kan. Lepas ni tak tahu dah bila lagi wa nak update.
Okay takpe. Duduk dulu wa masuk pegi buat air jap. Baru best annn.

*10minit kemudian*

Okay jom sambung dengar cerita gua.

     Kalau kita sayang orang tu, memang kita tak sanggup nak berpisah dengan dia. Kalau kita sayang orang tu, kita nak sentiasa dekat dengan dia. Kalau kita sayang orang tu, kalau boleh apa yang kita buat tu mesti untuk dia. Kalau kita sayang orang tu, kita nak yang terbaik untuk kita dan dia. Kita nak tengok dia bahagia dengan kita tanpa ada orang lain.

     Tapi ada lah satu pihak ni, dia memang tak senang bila tengok kita bahagia. Dia memang tak boleh duduk diam bila nampak kita senyum. Dia memang akan buat macam macam cara untuk saksikan saat saat kita jatuh. Masa tu dia akan tepuk tangan tanda dia dah berjaya.

     Pihak pihak maam ni lah yang kita tak perlukan semasa kita tengah bahagia. Pihak pihak macam ni lah yang kita kena bagi kesedaran. Sebab pihak pihak macam ni lah yang menyebabkan kita bermusuhan. Pihak macam ni memang tak boleh dibiarkan.

     Tapi kalau kita sayang orang tu, kita akan buat apa je untuk pertahankan apa yang kita tengah jalankan. Kita akan ari 1001 cara untuk kekalkan kebahagiaan. Kita akan dapatkan apa yang sepatutnya menjadi hak kita. Fullstop.







copyright@shamzatulAS 2014 | See you again and have a nice day! ♥♥