AMEL'S
Follow
Dashboard
 Add Me
 Follow Me
 Follow Me
 kaki skodeng

HOMIE ABOUT AFFIES

“It’s not hard to find someone who tells you they love you, its hard to find someone who actually means it.”

Princess



Hello people!
My name is Shamzatul Amalina :)
I am the sweet owner *.*
Welcome here and enjoy yourself ^^

TagBoard




Me and Him

Taken by
Muhamad Nurazizul


IJOY ♥ AMEL
in love since 12/12/12
Daisypath Anniversary tickers

Blog Archieve
♥ PENGGUNAAN MOTOSIKAL ♥
written on 18 February 2012 @ 11:29 AM ✈{ }

woot woot ~
Selamat tengah malam buta hunny munny :*



Haa , nak tahu tak ada sorang adik nie cakap :
AKAK-2 BOLEH TOLONG ADIK TAK ? 
CIKGU ADIK SURUH ADIK BUAD KARANGAN PASAL 
HARAMKAN PENGGUNAAN MOTOSIKAL 
TAPI ADIK TAK TAHU NAK BUAD ACANE :/

Aku paling tak boleh tahan dengan muka sedih dea tu lah .
Soo , aku pun amek pen capai testpad
dalam hati niat nak tolong adik .
Tapi kalau salah akak tak bertanggungjawab okayy .
And sekarang nak share dengan korang yang memerlukan karangan nehh :)
#BAIK HATI ken aku ?

Dalam usaha untuk mengatasi kesesakan jalan raya terutamanya di bandar , pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh pelbagai pihak . Ada pihak yang mengesyorkanperkongsian kereta dan ada juga pihak tertentu yang mencadangkan supaya mutu pengangkutan awam dipertingkatkan . Salah satu cadangan yang menimbulkan kontroversi ialah pengharaman penggunaan motosikal di kawasan bandar . Namun begitu , usaha pasti akan membuahkan hasil jika pelbagai langkah yang efektifsegera dilakukan untuk mengatasi masalah yang sedang melanda negara ini .

Pada hemat saya , pengharaman penggunaan motosikal di kawasan bandar memang akan mengurangkan kesesakan jalan raya kerana selama ini pemandu kereta dan kenderaan lain seperti van terpaksa memperlahankan kenderaan mereka untuk memberilaluan atau mengelak daripada motosikal yang datang dari arah kiri dan kanan . Hal ini secara tidak lagsung menyebabkan kemalangan berlaku di kebanyakan laluan utama yang membabitkan penunggang motosikal .

Bukan itu sahaja , kebanyakan motosikal ditunggang oleh remaja yang tidak mempunyai kesedaran sivik yang tinggi . Mereka menunggang motosikal secara sesuka hati tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain . Hal ini menyebabkan berlakunya kesesakan di kawasan bandar . Golongan remaja bebas menunggang motosikal ke sana ke mari tanpa mengikuti peraturan jalan raya . Bagi membuktikan hal ini , contoh yang boleh di ambil ialah penunggang motosikal suka menunggan motosikal mereka secara berlawan arus dengan hala yang sebenar sebagai langkah mudah untuk ccepat sampai ke destinasi yang dituju mereka .

Sejak kebelakangan ini , kita sering membaca di dada akhbar bahawa kebanyakan penunggang motosikal sering mengadakan perlumbaan haramdikawasan bandar dan mempamerkan aksi lagak ngeri tanpa menghiraukan perasaan pengguna jalan raya yang lain . Sikap sedemikian boleh menyebabkan berlakunya kemalangan dan kesesakan . Bertitik tolak dengan hal itu , kita dapat menyaksikan bahawa mat rempit selalunya akan berkumpul pada malam minggu antara jam 12 hingga 4 pagi untuk mengadakan perlumbaan haram ini . Setiap aksi ngeri yang dilakukan oleh penunggan motosikal ini semata-mata untuk mencapai kepuasan diri serta memenangi ang ganjaran yang ditawarkan .

Namun begitu , satu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah pengharaman penggunaan motosikal di kawasan bandar tidak sepatutnya dikenakan kepada semua penunggang . Penunggang di bawah umur 25 tahun sahaja tidak dibenarkan menunggan di bandar kerana merekalah yang mendatangkan banyak masalah kepada orang ramai berbanding dengan penunggang yang lebih berusia . Oleh itu , pihak kerajaan perlu menambah pengagkutan awam seperti Sistem Aliran Ringan (LRT) , komuter dan sebagainya bagi memudahkan pengguna jalan raya sampai ke destinasi masing-masing tanpa menggunakan motosikal .

Oleh yang demikian , sebagai alternatif , pihak kerajaan juga perlu meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam . Pihak pengendali pengangkutan awam perlu memastikan perjalanan pengankutan awam menepati masa dan memberikan layanan yang terbaik kepada pengguna bagi memastikan penunggang motosikal terus menggunakan perkhidmatan pengankutan awam . Hal ini juga mampu mengelakkan kesesakan di kawasan bandar .

Jika semua pihak berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki , ke lurah sama dituruni , insyaallah perkara ini akan berjaya di atasi . Cetusan idea bagi mengharamkan penggunaan motosikal di kwasan bandar perlu dilihat secara positif . Pihak kerajaan perlu melaksanajan idea ini secara cermat agar tidak menggoreskan hati rakyat yang berpendapatan rendah .

FULLSTOP !




copyright@shamzatulAS 2014 | See you again and have a nice day! ♥♥